BM | EN | 中文

PRN Melaka: Penamaan calon 8 Nov, tarikh mengundi 20 Nov

PRN-Melaka.png
Advertisement

MELAKA, 18 OKT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Nov sebagai tarikh pengundlan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 8 Nov manakala pengundlan awal pada 16 Nov.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghanl Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya negeri itu di sini hari ini.

Advertisement

Melaka mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdul Ghani berkata bagi tujuan PRN berkenaan, SPR telah melantik seramal 28 pegawal pengurus pilihan raya dan dibantu oleh 80 penolong pegawai pengurus pilihan raya.

“Bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen, SPR telah menubuhkan 28 pasukan petugas kempen pilihan raya yang dianggotai wakil Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata daftar pemilih yang digunakan bagi PRN Melaka adalah Rang Daftar Pernilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun Kedua 2021 (512/2021) yang dikemas kini sehingga 3 Okt 2021.

Daftar pemilih itu mengandungi seramai 495,196 pengundi dan SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi PRN berkenaan adalah sebanyak 70 peratus.

Menurut Abdul Ghani daftar pemilih tersebut membabitkan 482,550 pengundi biasa, 10,191 anggota tentera dan pasangan; 2,349 anggota polls dan 106 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Advertisement

Ditanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) pada PRN Melaka nanti, Abdul Ghani berkata pihaknya akan memberi cadangan masa keluar mengundi menerusi sistem SPR bagi mengurangkan kehadiran pengundi yang ramai pada hari mengundi.

“Kita akan ben cadangan masa keluar mengundi melalui sistem kita seperti yang digunakan di aplikasi MySejahlera. Pengundi juga usah keluar mengundi serentak pada sebelah pagi. Kalau boteh, warga emas sebelah pagi dan tengah hari sikit untuk orang muda.

“SOP kita di pusat mengundi juga ketat. Syarat-syarat seperti dah lengkap dua dos vaksin, memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal.
“Justeru kita merayu agar semua pengundi lengkapkan vaksin dahulu.. kita ada masa lagi; katanya.

Advertisement

Pada masa sama, beliau berkata garis panduan berkaitan COVID-19 akan berpandukan kepada pandangan dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Okt lalu susulan empat Ahlli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat bekas ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top