BM | EN | 中文

PRN Melaka: PAS dalam dilema

Mohd-Faizul-Mohd-Salleh.jpg

Mohd Faizul Mohd Salleh

Advertisement

MUAR, 31 OKT: Keputusan Umno untuk bersama dengan parti PAS di Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka secara bersyarat dilihat telah membuatkan parti itu berada dalam dilema.

Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mohd Faizul Salleh berkata, melihat dilema yang dialami Pas ini adalah suatu cabaran baharu kepada parti itu.

Kata Faizul, ia berpunca dari sikap PAS yang sejak awal mengambil jalan “bermain di kolam PN dan MN”.

Advertisement

Faizul juga merasakan keputusan UMNO itu sebagai amaran kepada PAS agar membuat keputusan untuk bersama mereka atau bersama BERSATU dan menjadi musuh UMNO

Menurutnya, PAS yang sebelum ini berada di dalam gabungan parti Perikatan Nasional (PN) dilihat terpaksa memilih sama ada ingin bersama dengan gabungan Muafakat Nasional (MN) atau gabungan sebelum ini bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan parti lain.

“Keputusan Umno menyukarkan kerjasama antara Bersatu dan PAS sebelum ini. Dalam percaturan politik di Melaka, Pas perlu memilih yang mana lebih selamat dan ikhlas berkawan dengan mereka,” ujarnya.

Advertisement

Umno sebelum ini telah memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS melalui MN pada PRN Melaka.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung malam ini.

Bagaimanapun katanya, kerjasama itu berpandukan kepada prinsip bahawa Pas mesti bertanding menggunakan lambangnya sendiri bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.

Advertisement

Dalam pada itu Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan logo PAS digunakan dalam PRN Melaka pada 20 November ini.

Beliau berkata, saranan tersebut dibuat berikutan semua parti bersetuju untuk bekerjasama dengan parti PAS.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top