BM | EN | 中文

PRN Melaka: Lebih baik letak pimpinan PH berbanding “orang luar” – AMK Johor

Faezuddin-Puad.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 OKT: Memadai meletakkan calon dari tiga parti dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, DAP dan Amanah bersama-sama menghadapi pilihanraya negeri (PRN) Melaka berbanding “orang luar”.

Demikian pandangan dinyatakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad mengenai calon PH menuju PRN Melaka.

“Letaklah calon yang terbukti setia kepada parti, kental dalam perjuangan dan tidak khianat. Lebih baik ketiga-tiga parti ini meletakkan calon dari kalangan pemimpin mereka sendiri.

Advertisement

“Ianya lebih baik berbanding mencalonkan orang luar.

“Kalau ada keperluan untuk meletakkan calon muda, dalam PH sendiri ada sayap pemuda, Angkatan Muda Keadilan, DAPSY dan Pemuda Amanah.

“Sudah pasti pemimpin muda dalam Harapan lebih baik berbanding pemimpin muda yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Namun katanya beliau mengalu-alukan sokongan pihak luar dan menghargai setiap sokongan dan bantuan mana-mana pihak yang ingin melihat PH memenangi PRN Melaka.

“Namun tiada keperluan untuk beri mereka guna logo Pakatan Harapan.

“Adakah kita mahu peristiwa pengkhianatan seperti Langkah Sheraton berulang kembali?

Advertisement

“Masa bertanding pakai logo PH, selepas menang mereka lari dan sokong parti lain untuk tubuh kerajaan?

“Atau kononnya berkecuali menjadi bebas? Adakah ini yang kita mahukan? Izinkan saya berbeza dengan tuan-tuan,” kata Faezuddin yang juga penyelaras DUN Kempas di Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top