BM | EN | 中文

PRN Melaka: DAP kemuka dua calon baru, lima daripada lapan umur bawah 40

anthony-loke-DAP.jpg

Gambar Ehsan Roketkini

Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Barisan calon DAP pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka bersifat inklusif dengan menampilkan calon dari pelbagai kaum, dan seorang calon wanita.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP turut membuktikan parti itu bersedia untuk memberi peluang kepada anak muda.

“Lima daripada lapan calon berumur di bawah 40 tahun. Calon yang paling muda ialah Muhamad Danish Zainuddin yang berumur 25 tahun dan beliau akan bertanding di DUN Pengkalan Batu.

Advertisement

“Manakala calon kita yang paling tua hanya berumur 51 tahun iaitu Low Chee Leong yang akan mempertahankan kerusi DUN Kota Laksamana,” katanya, lapor Roketkini.

DAP hari ini mengumumkan calon-calonnya untuk PRN Melaka 20 November ini di bawah logo Pakatan Harapan (PH).

Mereka ialah G. Saminathan (Gadek), Muhamad Danish Zainudin (Pengkalan Batu), Kerk Chee Yee (Ayer Keroh), Allex Seah Shoo Chin (Kesidang), Chee Leong (Kota Laksamana), Damian Yeo Shen Li (Duyong), Leng Chau Yen (Bandar Hilir) dan Kok Kiew (Bemban).

Advertisement

Muhamad Danish dan Chee Leong merupakan calon baharu.

Anthony berkata, kepimpinan tertinggi DAP Pusat dengan konsensus DAP Melaka telah membuat satu keputusan yang berani dalam soal barisan calon untuk PRN Melaka.

Jelasnya, Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew memimpin melalui teladan dengan meninggalkan kerusinya yang lebih selamat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir untuk bertanding di DUN Bemban dalam misi mempertahankan kerusi yang amat mencabar tersebut.

Advertisement

“Kerusi DUN Bemban merupakan satu kerusi luar bandar dan DAP hanya memenangi kerusi tersebut buat kali pertama pada pilihan raya umum Ke-14,” katanya.

Anthony seterusnya mengucapkan tahniah kepada semua calon yang diberi peluang oleh parti, namun cabaran besar menanti mereka untuk mendapat mandat daripada pengundi di kawasan masing-masing.

“Selepas keputusan dibuat, seluruh saf pimpinan dan ahli DAP perlu menumpukan segala usaha untuk mendapat sokongan dan kepercayaan pengundi Melaka,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top