BM | EN | 中文

PRN Melaka bukan tempat ugut tumbangkan mana-mana kerajaan negeri – MP Johor Bahru

Akmal-Nasir-johor-bahru.jpeg
Advertisement

MELAKA, 14 NOV: Pemimpin parti politik perlu menumpukan kempen mereka kepada penyelesaian masalah rakyat dan bukannya menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai medan pertembungan ego antara tokoh politik, kata Ketua Angkatan Muda PKR Akmal Mohd Nasir.

Beliau berkata kempen pada PRN Melaka harus diubah menjadi lebih positif dan memberi peluang suara rakyat Melaka termasuk anak muda dapat didengar.

“Jadi kalau ugut-mengugut ataupun bercerita soal nak tekan ‘button’ (butang) dan menumbangkan lagi mana-mana negeri untuk memanggil pilihan raya, saya mengharapkan tokoh-tokoh politik ini melihat kerangka yang lebih besar,” katanya di Jasin, semalam.

Advertisement

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam membidas kenyataan veteran Umno Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mencabarnya mengarahkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu menarik sokongan, sekali gus menyaksikan kejatuhan Kerajaan Negeri Johor.

Kenyataan Shahrir itu merujuk kepada kenyataan Muhyiddin pada Program Pentas PRN Melaka Perikatan Nasional yang menyatakan bahawa beliau boleh mengarahkan Adun Bersatu menarik sokongan, sekali gus menyaksikan kerajaan Johor tumbang tetapi tidak tergamak melakukannya.

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata kedua-dua calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR, B Prasanth Kumar, 27, yang bertanding di Rim dan Farzana Hayani Mohd Nasir, 21, (Sungai Rambai) berpotensi untuk pergi jauh dalam arena politik kerana sudah aktif pada usia muda.

Advertisement

“Cuma pengalaman saya ketika masuk ke pilihan raya umum, saya tahu antara bebanan adalah soal penglaman, tetapi tawaran kita kepada para pengundi di DUN Rim dan Sungai Rambai adalah untuk membimbing dan beri peluang kepada anak muda ini dan bersama membina balik naratif yang baru,” katanya.

Prasanth Kumar terlibat dalam pertembungan tiga penjuru membabitkan beliau, Azalina Abdul Rahman (PN) dan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN) untuk merebut kerusi Rim, manakala Farzana Hayani berdepan saingan empat penjuru dengan Muhammad Jefri Safry (PN), Siti Faizah Abdul Azis (BN) dan Nazatul Asyraf Md Dom (Putra) bagi kerusi Sungai Rambai.

PRN Melaka kali ini menyaksikan seramai 112 calon layak bertanding, melibatkan pertandingan enam penjuru di tiga kawasan DUN, lima penjuru (lima), empat penjuru (sembilan) dan tiga penjuru (11), dengan 28 calon masing-masing daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan PH, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) (lima), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) (satu) dan Bebas (22).

Advertisement

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas, selepas empat Adun menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top