BM | EN | 中文

PRN Melaka: Amanah Johor tumpu program penerangan kepada rakyat

aminolhuda-hassan.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 NOV: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, jentera pilihanraya dari negeri ini akan memberrikan perhatian kepada gerakan penerangan rakyat pada pilihanraya negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, tumpuan harus diberikan dalam usaha memenangkan calon parti Amanah termasuklah komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain.

“Kita sebagai orang yang diamanahkan akan meneruskan usaha bagi mendapatkan sokongan memenangkan calon dari Amanah dan komponen PH yang lain,” ujarnya ketika dihubungi.

Advertisement

Tambah Aminolhuda usaha menggiatkan penerangan kepada orang ramai dengan pelbagai kaedah perlu dilakukan dan tidak melanggar SOP kesihatan yang ditetapkan.

“Saya yakin kesepaduan antara komponen adalah asas kekuatan PH berhadapan cabaran PRN Melaka kali ini.

“Integriti sewaktu pemerintahan PH adalah asas kekuatan kita juga,” kata Aminolhuda lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top