BM | EN | 中文

PRN Johor: Semua orang mahu politiking dikurangkan sekarang – Timbalan Presiden PAS

tuan-ibrahim-tuan-man.jpg

KUALA LUMPUR, 22 JAN: PAS berpendapat belum sampai masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya negeri (PRN) di Johor, menurut timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, Johor baharu saja berhadapan dengan banjir besar dan rakyanya masih mengalami pelbagai kesukaran selain yakin ketika ini rakyat mahu politiking dikurangkan pada waktu ini.

“Saya fikir semua orang mahu kita kurangkan main politik sebab rakyat susah, tapi terpulang kepada kerajaan Johor.

“Kalau terbubar (dewan undangan negeri – DUN) kita terpaksa hadapi pilihan raya,” katanya seperti dipetik BH Online.

Desas-desus mengenai pembubaran DUN Johor semakin panas sehari dua ini dengan beberapa pertemuan dalam kalangan pemimpin Umno negeri itu dilaporkan sedang atau bakal berlangsung.

Tuan Ibrahim berkata sebelum ini sudah ada dua PRN dijalankan iaitu di Melaka dan Sarawak.

Jika boleh, kata menteri alam sekitar dan air itu, PAS tidak mahu terlalu banyak pilihan raya yang berbeza tarikhnya.

“Akhirnya, rakyat akan berada dalam situasi berpolitik sepanjang waktu. Kalau ada PRN seperti di Sarawak jentera akan turun.

“Jadi saya fikir kita kena kurangkan politik,” katanya.

Sementara itu Bernama pula melaporkan Tuan Ibrahim sebagai berkata sebarang perbincangan di antara PAS dengan Umno untuk PRN Johor hanya akan dibuat selepas DUN dibubarkan.

“Kita tunggu dulu PRN Johor jadi ke tidak, (selepas itu) akan (ada) perbincangan dengan Umno,” katanya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top