BM | EN | 中文

PRN Johor: Polis kenal pasti 17 DUN berisiko panas

pdrm-polis.jpg
Advertisement

MUA, 23 FEB: Polis Johor mengenal pasti sekurang-kurangnya 17 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu, berisiko berdepan kekecohan ketika pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 yang bermula dengan penamaan calon pada Sabtu ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kawasan terbabit dikenal pasti sebagai lokasi panas dengan mengambil kira sentimen persaingan politik, isu perkauman, jenayah kongsi gelap, pertaruhan serta pelbagai aktiviti jenayah termasuk mereka yang mempunyai rekod lampau.

Justeru itu, beliau memberi amaran kepada semua pihak termasuk penyokong parti politik untuk tidak melakukan sesuatu yang boleh menggugat ketenteraman awam sepanjang pelaksanaan PRN Johor yang mempunyai 56 kawasan DUN.

Advertisement

“Di seluruh Johor, daripada 56 DUN itu, hasil risikan mungkin 17 DUN yang kita anggap panas, bukan sahaja politik, tetapi panas juga dari segi kegiatan aktiviti gangsterisme dan aktiviti perjudian dalam pilihan raya kawasan terbabit dari segi kaum, persaingan politik, kongsi gelap dan juga aktiviti yang dijalankan mereka termasuk yang mempunyai rekod lampau.

“Bagaimanapun, Polis Johor sudah mengumpul maklumat risikan dan sebagainya, kita juga berjumpa dengan ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat supaya, menasihati mereka lebih awal, untuk membantu kelancaran perjalanan PRN dalam usaha menyuburkan amalan demokrasi negara.

“Kita juga mengerahkan pemantauan yang lebih rapi terhadap lokasi berisiko berkenaan, termasuk melaksanakan pemantauan menggunakan dron,” katanya, lapor BH Online.

Advertisement

Beliau memberitahu demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis memperingati peristiwa Bukit Kepong di Galeri Darurat Bukit Kepong di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, Polis Johor juga sudah menubuhkan beberapa pasukan pemantau bagi memastikan proses PRN berjalan lancar dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh penamaan calon, dengan 8 Mac sebagai tarikh pengundian awal, manakala 12 Mac sebagai hari mengundi PRN Johor.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

scroll to top