BM | EN | 中文

PRN Johor: PKR umum tujuh calon lagi

anwar-pkr-prn-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Anwar Ibrahim

PASIR GUDANG, 19 FEB: PKR hari ini mengumumkan tujuh lagi calonnya, melengkapkan barisan 20 calon parti itu yang akan bertanding dalam PRN Johor bulan depan.

Mereka termasuklah penyandang DUN Senggarang Khairudin A Rahim. Dia menang di kerusi itu ketika bersama Amanah tetapi menyertai PKR tahun lalu.

Kali ini, dia akan bertanding di DUN Rengit yang bersempadan dengan Senggarang. DUN Senggarang kekal ditandingi Amanah.

Berikut senarai tujuh calon yang diumumkan hari ini:

Haryati Abu Nasir (Semarang)

Khairuddin A Rahim (Rengit)

Zulinah Johari (Tenggaroh)

Omar Mokhtar A Manap (Johor Lama)

Rosman Takir (Tanjung Surat)

Haniff @ Ghazali Hosman (Benut)

Mohd Zaiful Bakri (Kukup)

Senarai 13 calon yang diumumkan sebelum ini adalah seperti berikut:

Subramaniam Chami (Buloh Kasap)

Yoong Tau (Pemanis)

Na’im Jusri (Gambir)

Md Ysahrudin Kusni (Bukit Naning)

Abdullah Sahid (Sungai Balang)

Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah)

Azmi Masrani (Sri Medan)

Zamil Najwah Arbain (Larkin)

Chiong Sen Sern (Bukit Batu)

SS Gopalakrishnan (Tiram)

Mohd Fakharuddin Moslim (Pasir Raja)

Napsiah Khamis (Kempas)

Maszlee Malik (Layang-Layang)

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan dalam pengumuman di Pasir Gudang , Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa semua calon dan jentera parti agar fokus kepada isu berkaitan rakyat dan tidak terganggu dengan soal lain.

“Tak mahu sibuk soal lain. Ada satu dua soal lain itu biar pimpinan runding dan cuba selesaikan. Kita tumpu kerja kita sesungguhnya,” kata Anwar.

Di Johor, kata Anwar, PH sentiasa dapat menyelesaikan pengagihan kerusi dengan cepat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top