BM | EN | 中文

PRN Johor: Makkal Sakti harap dapat kerusi wakili BN

Makkal-Sakthi.jpeg

JOHOR BAHRU, 31 JAN: Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) berharap Barisan Nasional (BN) mempertimbang permohonan parti itu untuk bertanding atas tiket gabungan berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Makkal Sakti Datuk Seri RS Thanenthiran berkata pihaknya membuat permohonan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini dan Pengerusi BN itu telah memberi indikasi positif berhubung perkara tersebut.

“Berapa banyak kerusi atau kerusi mana, itu kita tidak tetapkan dan tiada syarat langsung, apa yang kami mahu hanyalah peluang untuk sama-sama berkhidmat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan bersama Makkal Sakti di Johor Bahru semalam.

Mengulas kerjasama Makkal Sakti dengan BN, beliau berkata Friends of BN itu akan terus setia meskipun terdapat beberapa tawaran daripada parti lain selepas gabungan tersebut mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Thanenthiran juga berkata parti itu bersedia menggerakkan seramai 27,000 ahli di Johor untuk sama-sama berkempen bagi memenangkan BN pada pilihan raya berkenaan.

Bernama

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top