BM | EN | 中文

PRN Johor: Hadi Awang ajak pengundi ‘hukum’ Umno-BN

Hadi-awang-perikatan-nasional.jpg

Gambar Ehsan FMT

Advertisement

PONTIAN, 6 MAC: Terus giat berkempen untuk Perikatan Nasional, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengajak pengundi untuk menghukum BN agar ia dapat dijadikan pengajaran kepada parti berkenaan.

Meningkatkan serangannya ke atas parti yang pernah bersama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) itu, Abdul Hadi menambah, mereka sudah memerintah terlalu lama dan tamak kuasa.

“Kerana terlalu lama memerintah, berlakulah isu-isu seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang melibatkan pemimpin-pemimpin Umno dan BN seperti mana diketahui umum hari ini.

Advertisement

“Ibarat mereka yang berusia 60 tahun, Umno telah lemah dan perlu ditukar.

“Rakyat perlu memberi kepercayaan kepada PN bermula pada PRN Johor ini,” katanya lapor Utusan Online.

Ahli politik berusia 74 tahun itu berkata demikian selepas menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan DUN Pulai Sebatang, Jumaat lalu.

Advertisement

Katanya pengundi Johor perlu menghukum Umno-BN dengan tidak mengundi calon-calon gabungan berkenaan.

Terdahulu, Hadi dilaporkan Malaysiakini berkata, disebabkan usia Umno-BN yang sudah berpuluh-puluh tahun mentadbir negara, gabungan tersebut ditimpa pelbagai ‘penyakit’ menyebabkan ia ‘lumpuh’.

“Mengundi bukan boleh main-main, bukan kerana mendapat upah RM50 atau RM100 dalam masa dua minggu tetapi mengundi untuk tempoh lima tahun sekali yang dibenarkan dalam demokrasi,” ujarnya.

Advertisement

Tambah Abdul Hadi pengundi boleh menilai parti mana yang benar-benar serius memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan memilih mereka yang bebas daripada gejala tersebut.

Dia juga mendakwa Pakatan Harapan sebagai gabungan yang memungkiri janji.

Justeru kata Abdul Hadi, hanya PN yang patut menjadi pilihan pengundi Johor.

Advertisement

Johorkini

Share this post

scroll to top