BM | EN | 中文

PRN Johor bukan untuk kepentingan ‘poket’ pemimpin BN

ahmad-maslan-BN.jpg

PONTIAN, 8 FEB: Dakwaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan demi kepentingan poket pemimpin Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai tuduhan yang melampau dan tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan tidak seharusnya mẹmbuat tuduhan sedemikian rupa.

“Kalau begitu, saya pun boleh cakap Bersatu sebagai ‘Parti Pelompat Bersatu Malaysia’. Daripada 31 kerusi yang dimiliki hanya enam sahaja dari parti asal mereka. 10 daripadanya mengikut jejak Datuk Seri Azmin Ali dan 15 lagi melompat daripada UMNO.

“Sekiranya mereka benar sebuah parti yang berprinsip, mereka tidak akan terima ahli Parlimen yang melompat dari pelbagai negeri menyertai Bersatu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Jamuan Muhibah Tahun Baru Cina bersama Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, di sini pada Isnin malam.

Mengulas lanjut, Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian itu berkata, Bersatu perlu sedar PRN Johor diadakan bertujuan membentuk kerajaan yang stabil dan bukannya melihat parti yang gagal atau berjaya.

“Hubungan antara UMNO dan Bersatu berada pada tahap sukar sebab mereka antara punca BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ketika mereka bersama Pakatan Harapan (PH) ketika itu. Saya harap kita tidak mudah lupa tentang itu,” katanya.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top