BM | EN | 中文

PRN: Dimana simpati Khaled Nordin terhadap nasib rakyat Johor?

Sheikh-Omar-Adun-Paloh.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

KLUANG, 17 JAN: Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali mempersoalkan kenyataan bekas menteri besar Johor, Mohamed Khaled Nordin yang melihat pelaksanaan piihan raya negeri () RN Johor ketika ini sebagai satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.

Sheikh Umar berkata, adakah Khaled Nordin tidak melihat keadaan rakyat yang sedang bergelut selepas bahana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang, kemudian disambung dengan bencana banjir.

“Saya ingin bertanya kepada dimana simpati Dato?

Advertisement

“Saya sama sekali tidak memahami perspektif Dato’. Apakah Dato’ tidak memikirkan bagaimana kempen hendak dijalankan dalam suasana virus Omicron sedang mula merebak?

“Apakah Dato’ merasakan rakyat telah cukup duit untuk berbelanja dan keluar beramai-ramai mendengar kempen dan mengundi?

“Apakah Dato tidak membaca laporan berita bahawa sedikit masa lagi harga-harga barang keperluan harian rakyat akan meningkat hingga lebih 10 peratus?

Advertisement

“Adakah PRN dapat menyelesaikan masalah ini? soal Sheikh Umar.

Justeru beliau menyeru dan memohon kepada Khaled Nordin dan juga para pemimpin UMNO yang masih waras agar menolak cadangan bagi mengadakan PRN ketika ini.

“Lupakan niat Dato’ ini. Mari kita sama-sama berpegang pada pendirian sebelum ini agar gencatan politik terus dibuat bagi membolehkan kerajaan dan rakyat dapat bekerjasama dan menumpukan sepenuh usaha untuk memulihkan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Advertisement

“Biarlah kerajaan bekerja hingga tamat penggal pemerintahannya.

“Tidak ada siapa yang akan rugi jika kita sama-sama bersabar,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top