PONTIAN, 16 NOV – Suasana di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Cheow Min bertambah meriah apabila Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal hadir memberi sokongan kepada jentera yang meraih undi, di situ.
Kehadiran Dr Sahruddin kira-kira jam 10.15 pagi itu disambut meriah dengan sorakan dari jentera Pakatan Harapan (PH) dengan laungan ‘Hidup PH’.

Dr Sahruddin ketika tiba di SJKC Cheow Min
Jentera parti dan para pengundi mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan bersama beliau.
Ia sekaligus menambahkan lagi kemeriahan suasana pengundian di situ.
JohorKini difahamkan PDM SKJC Cheow Min merupakan PDM yang mempunyai pendaftaran pengundi teramai melebihi 4,000 orang.
JohorKini