BM | EN | 中文

PRK TG PIAI: ENAM BORANG PENCALONAN TELAH DIBELI – SPR

IMG-20191012-WA0011.jpg
Advertisement

PONTIAN, 24 OKT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa enam pihak telah membeli borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Tanjung Piai, setakat ini.

Timbalan pengarah SPR negeri Mohammad Zaidad Abdul Samat, berkata mereka yang membeli merupakan daripada parti-parti utama.

“Walau bagaimanapun, masih belum ada yang membayar deposit untuk pilihan raya ataupun barang kempen.

Advertisement

“Pembelian borang pencalonan boleh dibuat sehingga hari pencalonan, iaitu 2 November,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu sesi taklimat di sini, hari ini.

Taklimat tersebut dihadiri oleh penyelia-penyelia dari pusat pengundi dan kerani semakan.

Pada waktu yang sama, beliau berkata SPR telah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir pada PRK akan datang.

Advertisement

Katanya, satu perjumpaan telah dilakukan untuk membincangkan tentang persediaan yang harus dilakukan sekiranya berlaku banjir pada 16 November ini.

“Pengawai pengurus untuk PRK ini ialah pegawai daerah sendiri yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa bencana banjir,” katanaya.

Tambahnya lagi, aset seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan lain-lain akan digerakkan melalui seliaan pegawai pengurus ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top