BM | EN | 中文

PRK TG PIAI – BOMBA JOHOR SEDIA JENTERA EMRS, ANGGOTA TAMBAHAN

hari-pengundian-6.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 NOV : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menyediakan tambahan dua buah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) susulan hari membuang undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang berlangsung hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abdul Jalil berkata, turut ditambah empat keanggotaan dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kulai dan Pekan Nenas disamping sebuah jentera EMRS yang telah sedia ada di BBP Pontian Baru.

“Kesemua mereka ini akan bersedia di BBP Pontian Baru bersama anggota sedia ada dan diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd Jalil yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian.

Advertisement

“Sesi taklimat mengenai gerak kerja persiapan ini telah dilakukan oleh Pegawai Operasi Negeri dari cawangan pengurusan operasi dan balai, Penguasa Bomba Rosfarawadi Ismani Ismail di BBP Pontian Baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pasukan tambahan berkenaan bersiap sedia bermula dari semalam hingga hari ini selama 24 jam sehari ekoran PRK yang berlangsung.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top