BM | EN | 中文

PRK TANJUNG PIAI TAMBAH REZEKI PENIAGA MAKANAN

IMG-20191110-WA0009.jpg
Advertisement

 

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 10 NOV: Kempen pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai yang berlangsung selama dua minggu turut menambah rezeki buat peniaga makanan.

Advertisement

Burasak dan lepat loi enak dimakan bersama rendang daging dan serunding.

Sudah tentu, pengunjung dari luar termasuk para petugas akan mencari makanan yang terkenal di sekitar Pontian.

Antara yang menjadi tumpuan ialah Restoran Selera Tradisi Catering yang menjual hidangan tradisi masayarakat Bugis iaitu burasak dan lepat loi.

Menurut pemiliknya, Farha Sabri, kedatangan pelanggan pada musim PRK bertambah sekali ganda.

Advertisement

“Sempena PRK ini, anggaran 60 bungkus burasak dan 40 bungkus lepat loi dijual sehari dan bertambah pada hujung minggu. Jika hari biasa, jualan hanya separuh daripada jumlah itu,” katanya kepada JohorKini.

Katanya, pelanggan biasanya akan makan burasak dan lepat loi bersama asam pedas ikan parang, serunding dan rendang daging.

“Setakat ini ramai juga petugas-petugas kempen singgah ke restoran kami untuk menikmati kelazatan burasak dan lepat loi,” katanya.

Advertisement

Jualan bakso di gerai Bakso Idaman meningkat sempena PRK Tanjung Piai.

Selain itu, gerai Bakso Idaman di Parit Masjid turut menjadi pilihan pengunjung untuk menikmati keenakan bakso yang dijual sejak 20 tahun lalu.

Anak kepada pemilik perniagaan Bakso Idaman, Kurniyawati Ali berkata, gerainya mampu menjual sehingga 500 mangkuk bakso sehari pada musim PRK berbanding 300 mangkuk pada hari biasa.

Kurniyawati

“Selain jualan di gerai, kami juga menerima tempahan katering untuk petugas-petugas kempen. Alhamdulillah, PRK yang diadakan memberi peluang kepada kami untuk menambah rezeki,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top