BM | EN | 中文

PRK TANJUNG PIAI SEDIA ASAS PERJUANGAN MASYARAKAT – FARIDAH ARYANI

Faridah-Aryani-Bebas.jpg
Advertisement

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 15 NOV: Calon bebas, Faridah Aryani Abdul Ghaffar memberitahu beliau tidak kisah jika kehilangan wang deposit dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang akan berlangsung esok.

Menurutnya, perkara lebih utama bagi pihaknya adalah untuk menyediakan asas bagi menyuarakan hak masyarakat golongan B40.

Advertisement

“Saya tidak kisah walau hilang deposit, kerana tahu ini merupakan titik permulaan kami.

“Kita sudah memulakan asas dengan menjadikan PRK Parlimen Tanjung Piai ini sebagai platform memperjuangkan nasib golongan bawahan.

“Walaupun kalah, kita akan teruskan perjuangan melalui saluran aktivis sosial, kami akan terus dekati dan bantu masyarakat agar celik akan hak mereka,” katanya.

Advertisement

Faridah berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Hotel Aloha, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail.

Ibu tunggal kepada empat cahaya mata itu turut menjelaskan dirinya bukanlah calon kepada golongan pemandu teksi semata-mata.

Advertisement

“Awal kempen, saya dibayangi imej golongan pemandu teksi, ingin saya jelaskan saya mewakili golongan B40 yang merupakan 70 peratus penduduk di Tanjung Piai,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top