BM | EN | 中文

PRK TANJUNG PIAI-“JANGAN BERKEMPEN MACAM DAH MENANG”

IMG-20191014-WA0002.jpg
Advertisement

PONTIAN, 14 OKT: Kedudukan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan yang mentadbir negeri ini dan Pusat bukan alasan untuk para petugas mengambil mudah gerak kerja kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P165 Tanjung Piai.

Pengarah Jentera Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Sahruddin Jamal mengingatkan para petugas untuk tidak melakukan gerak kerja kempen seperti PH telah memenangi PRK tersebut.

“Gerak kerja kita jangan macam orang dah menang. Kita kena bergerak seolah-olah kita ingin menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Advertisement

“Kalau boleh setiap rumah kita pergi, kita jumpa, kita tanya.

“Kita bersapa dengan mereka dan kita beritahu siapa itu Pakatan Harapan,” katanya semasa majlis taklimat umum dan suaikenal jentera PRK P165 Tanjung Piai di Kukup Gold Resort, disini, kelmarin.

Dr Sahruddin yang Menteri Besar Johor berkata, jentera PH perlu menembusi kawasan yang tewas pada PRU-14 dan bergerak sebagai satu pasukan dengan menggunakan analogi ‘makan nasi ambeng’, tradisi masyarakat Jawa sebagai contoh.

Advertisement

“Bila makan nasi ambeng kita bersatu. Dalam sembahyang pun kita disuruh berjemaah.

“Kenapa kita berjemaah? Kerana kita hendak bersatu.

“Jemput seramai mungkin orang untuk memastikan mereka mengundi kita. Jangan kita kita menolak mereka.

Advertisement

“Kita kena dampingi mereka. Kita kena bekerja dan pastikan semua pengundi mengundi kita,” kata Adun Bukit Kepong itu lagi.

Hadir sama pada program tersebut ialah Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub; Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah; Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Johor, Mazlan Bujang.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top