BM | EN | 中文

PRK TANJUNG PIAI- DR SAHRUDDIN MAHU BEKERJA UNTUK PASTI KEMENANGAN 

IMG-20191009-WA0001-e1570582130337.jpg

JOHOR BAHRU, 9 OKT : Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal menolak dakwaan wujud pertikaian tentang pelantikannya sebagai Pengarah Jentera Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, bulan depan.

Sebaliknya Dr Sahruddin percaya pemilihannya untuk menggalas tugas itu setelah mengambil kira hubungan baik antara beliau dengan pengerusi parti komponen Pakatan Harapan (PH)

“Saya tidak merasakan pelantikan itu menimbulkan sebarang isu.

“Saya rasa pelantikan ini kerana hubungan baik saya dengan pengerusi negeri (parti komponen PH).

“Jadi, dengan amanah yang sudah diberikan ini, kini waktunya untuk kita untuk bekerja bagi memastikan kemenangan PRK Tanjung Piai berpihak kepada Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan wujud pertikaian tentang perlantikkannya itu.

Ini berikutan dikatakan Adun Bukit Kepong itu bukan merupakan Pengerusi Parti Bersatu Johor selain dilihat masih baru dalam politik.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan di beberapa venue Sukan Malaysia (Sukma) 2020, di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau mengadakan lawatan beberapa venue Sukan Malaysia (Sukma) ke-20, di sini, semalam.

Jumaat lalu, Dr Sahruddin dilantik sebagai Pengarah Jentera PH untuk menghadapi PRK Tanjung Piai yang diadakan pada 16 November depan.

Perlantikkannya diumumkan Pengerusi PH negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat PH Johor di Pejabat Bersatu Bahagian Pagoh.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top