BM | EN | 中文

PRK TANJUNG PIAI-BILANGAN PELANCONG KE TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI BERTAMBAH

IMG-20191111-WA0018.jpg
Advertisement

 

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 11 NOV : Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang diadakan selama dua minggu turut menambah kedatangan pelancong ke lokasi-lokasi menarik di daerah Pontian.

Advertisement

Paling mendapat tumpuan ialah Taman Negara Tanjung Piai yang merupakan tanah paling selatan di benua Asia.

Menurut Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Hanis Musalman Salehan, lokasi pelancongan terkenal itu mencatatkan kehadiran pengunjung antara 100 hingga 200 orang sehari berbanding sekitar 30 orang pada hari biasa.

“Sudah tentu kita amat berbesar hati dengan pertambahan pengunjung sempena PRK Tanjung Piai. Taman Negara Tanjung Piai sememangnya menjadi tumpuan pelancong sepanjang tahun.

Advertisement

“Dijangkakan, jumlah pengunjung akan bertambah pada musim cuti sekolah tidak lama lagi. Kita harap prasarana di sini dapat ditingkatkan untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara,” katanya kepada JohorKini selepas program Mangrove Hero anjuran Tourism Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung dan Pengarah Tourism Johor, Zihan Ismail.

Hanis

Tambah Hanis lagi, tahun ini juga amat istimewa kerana pengunjung berpeluang melihat gerhana matahari cincin (anulus) pada 26 Disember ini.

Advertisement

“Taman Negara Tanjung merupakan satu-satunya tempat di Semenanjung Malaysia untuk menyaksikan gerhana ini selain di Serian, Sarawak.

“Kami akan menyediakan kemudahan untuk pengunjung melihat fenomena yang hanya berlaku 26 tahun sekali ini.

“Jadi, saya seru pengunjung tidak melepaskan peluang menyaksikan peristiwa yang jarang-jarang berlaku ini,” katanya.

Advertisement

Tempoh gerhana akan berlaku bermula pukul 1.21 petang hingga 1.23 petang di Tanjung Piai manakala di Serian pula, fenomena astronomi itu akan berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula 1.46 petang hingga 1.50 petang.

Taman Negara Tanjung Piai dengan kerjasama Planetarium Negara juga akan mengadakan Solar Fest bermula 20 Disember hingga 26 Disember serta Pesta Air Pasang Besar pada 25 Disember.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top