BM | EN | 中文

PRK TANJUNG PIAI: AMANAH BERI SOKONGAN PENUH PADA BERSATU

salahuddin-ayub-1.jpg
Advertisement

PONTIAN, 13 OKT : Amanah menyatakan sokongan penuh kepada calon daripada Bersatu yang akan dipilih bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, bulan depan.

Timbalan Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun, penentuan calon yang bertanding akan diputusan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Amanah menyatakan sokongan sepenuhnya calon Bersatu.

Advertisement

“Penentuan calon bertanding akan diputuskan Majlis Presiden yang akan membuat keputusan secara konsesus,” katanya dalam Program Taklimat Umum Jentera PRK Tanjung Piai di Kukup, di sini semalam.

Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, ini kerana, pihaknya komited untuk memberikan kerjasama penuh bagi memastikan kerusi berkenaan kekal milik Pakatan Harapan (PH).

“Siapapun calon yang terpilih setelah diputus dan dimusyawarahkan, kita akan bersama calon ini” tambah beliau lagi.

Advertisement

Terdahulu, penyandang Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik meninggal dunia pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Tanjung Piai bakal berlangsung pada 16 November depan.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top