BM | EN | 中文

PRK TANJUNG PIAI: 35 LAPORAN POLIS DITERIMA

IMG-20191115-WA0020.jpg

 

PONTIAN, 15 NOV : Polis menerima sebanyak 35 laporan sehingga hari terakhir berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang sedang berlangsung.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, daripada jumlah itu sebanyak lima kes telah dibuka kertas siasatan.

“Tiga kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan dua lagi di bawah Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Terbaru satu laporan diterima berkaitan kes gegantung yang berunsur provokasi di mana ianya masih dalam siasatan,”katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, hari ini.

Mengulas lanjut, Mustafa Bakri berkata, sebanyak 879 jumlah permit berkempen telah dikeluarkan sehingga semalam.

Di mana 381 adalah permohonan dari Barisan Nasional, 122 dari Pakatan Harapan (PH) 123 dari Gerakan, 111 Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan 14 dari calon bebas.

“Sepanjang tempoh kempen juga tiada insiden besar berlaku dimana pihak polis sentiasa memantau kempen-kempen agar berjalan lancar tanpa gangguan,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top