BM | EN | 中文

PRK TANJUNG PIAI-13 PERATUS KELUAR MENGUNDI SETAKAT 9 PAGI

hari-pengundian-14.jpg
Advertisement

PONTIAN, 16 NOV: Peratusan keluar mengundi bagi pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai sehingga jam 9 pagi ini adalah sebanyak 13 peratus.

Demikian dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun.

Katanya, setakat ini, proses pengundian berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Advertisement

“Perjalanan pilihanraya pagi ini amat lancar dan aman. Tak ada insiden serius yang berlaku.

“Peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi, selepas 30 minit tempat pengundian dibuka ini adalah sebanyak 13 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Yunos Sulaiman, Pekan Nenas, pagi ini.

Advertisement

Beliau memaklumkan, perkembangan jumlah pengundi keluar akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top