BM | EN | 中文

PRK Slim, Perak: Penamaan calon 15 Ogos, mengundi 29 Ogos

PRK-DUN-Slim.png
Advertisement

PUTRAJAYA, 1 OGOS: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak akan diadakan pada 29 Ogos ini manakala hari penamaan calon pada 15 Ogos.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr. Azmi Sharom berkata, pengundian awal adalah pada 25 Ogos ini.

“Kos keseluruhan bagi PRK DUN Slim dianggarkan RM4.6 juta,” katanya.

Advertisement

Azmi menambah, Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjong Malim, Perak digunakan sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi.

Pegawai Daerah Muallim, Shamsul Ridzuan Idris dilantik sebagai Pegawai Pengurus PRK berkenaan dan dibantu empat penolong pegawai pengurus.

“SPR bersetuju menubuhkan dua pasukan penguat kuasa untuk memantau semua aktiviti sepanjang tempoh rasmi berkempen.

Advertisement

Tambahnya, Daftar Pemilih Induk 2019 dan Daftar Pemilih Tambahan ST1/2020 yang dikemas kini sehingga 16 Julai 2020 digunakan untuk PRK itu.

Katanya, seramai 689 petugas dilantik mengendalikan proses PRK DUN Slim manakala sebanyak 13 pusat mengundi dengan 55 saluran digunakan.

“Daftar tersebut mengandungi 23, 094 pengundi terdiri daripada 22,815 pengundi biasa, 277 pengundi awal polis dan dua pengundi tidak hadir (PTH) luar negara,” katanya.

Advertisement

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu di Hospital Bentong selepas mengadu kesukaran bernafas.

Khusairi memenangi kerusi itu pada pilihanraya umum (PRU) ke-14 selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dengan majoriti 2,183 undi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top