BM | EN | 中文

PRK Slim: Peguam syarie wakili ‘Pejuang’, berdepan pemangku Ketua UMNO Tanjung Malim

PRK-Slim-Perak-Pejuang-vs-UMNO.png

Amir Khusyairi (kiri) mewakili 'Pejuang' dan Mohd Zaidi Aziz (kanan) mewakili BN

Advertisement

SLIM RIVER, 12 OGOS: Pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak akan menjadi persaingan sengit di antara Barisan Nasional (BN) dan parti ‘Pejuang’ yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Kedua-dua parti itu telah pun mengumumkan calon masing-masing hari ini.

BN akan diwakili oleh pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz, melalui pengumuman dibuat Pengerusi BN Perak yang juga Pengarah PRK DUN Slim, Datuk Saarani Mohamad, di Dewan Rajawali Felda Residence, di sini, hari ini.

Advertisement

Mohd Zaidi, 43, anak kelahiran Kampung Slim Village di Slim River adalah Timbalan Presiden Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) dan sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung serta Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Ketua UMNO cawangan Kampung Slim Village itu juga pernah memegang tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian serta ahli jawatankuasa Biro Kebajikan UMNO Malaysia.

Manakala parti Pejuang, parti yang namanya baru sahaja diumumkan hari ini akan diwakili oleh Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, seorang peguam syarie muda.

Advertisement

Nama Amir, diumumkan oleh Tun Dr Mahathir di Bilik Gerakan Utama parti itu di Persiaran Slim Permata, Slim River sebentar tadi.

Amir, graduan undang-undang UIA merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik.

Ayahnya, Allahyarham Mohamad Tanusi Maulut ialah bekas naib kadi Teluk Intan, manakala ibunya seorang pesara guru agama.

Advertisement

Isteri Amir, Dr Nur Aainaa Othman pula ialah doktor pakar radiologi di Hospital Teluk Intan dan doktor pakar jemputan di hospital Slim River.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim pada 15 Julai lalu.

PRK itu dijadual diadakan 29 Ogos ini dengan 15 Ogos adalah hari penamaan calon dan hari pengundian awal pula 25 Ogos.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top