BM | EN | 中文

PRK PARLIMEN TANJUNG PIAI – POLIS YAKIN BERJALAN LANCAR

IMG-20191006-WA0003.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OKT : Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yakin Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang bakal berlangsung pada 16 November berjalan lancar.

Menurutnya, ini kerana, beliau yakin suasana atau proses demokrasi itu berjalan dengan penuh kematangan di negeri ini.

“Prosedur Operasi Standart (SOP) bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah sedia ada.

Advertisement

“Tetapi, saya sendiri tidak menyangkakan ada apa-apa yang tidak  baik mungkin berlaku…saya yakin.

“Kesediaan anak buah saya memang cukup matang dan mereka akan bertugas apabila diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya persediaan PDRM menghadapi PRK Parlimen Tanjung Piai.

Advertisement

Terdahulu, Abdul Hamid menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara 2/2019 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK), di sini, hari ini.

Ditanya tentang keperluan tambahan anggota bagi menghadapi PRK berkenaan, beliau yakin mencukupi.

“Alhamdulillah, Tanjung Piai tidak jauh daripada Johor Bahru. Jadi, anggota tambahan sekiranya diperlukan boleh minta anggota di Johor Bahru diturunkan.

Advertisement

“Setakat ini, tidak ada spesifik arahan yang menunjukkan keadaan genting di Tanjung Piai,” katanya lagi.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan selepas penyandangnya Datuk Wira Dr Md Farid Md Farik meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 September lepas.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top