BM | EN | 中文

PRK PARLIMEN TANJUNG PIAI – PARTI KOMPONEN PH PERLU BEKERJASAMA

IMG-20191001-WA0016.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 OKT : Kerjasama yang lebih kuat antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) antara perkara yang perlu diberikan perhatian blok tersebut dalam usaha memastikan kerusi Parlimen Tanjung Piai berjaya dikekalkan dalam pilihan raya kecil akan 16 November ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Kassim Thukiman berkata, perkara tersebut perlu diberikan perhatian oleh PH bersandarkan pada pecahan pengundi di kawasan berkenaan.

“PH boleh menggunakan PRK Parlimen Tanjung Piai untuk memperkukuh seluruh kekuatan organisasi mereka.

Advertisement

“Ini disebabkan Bersatu (komponen yang mewakili PH sebelum ini) perlu mengukuhkan kerjasama dengan parti komponen iaitu PKR, Amanah dan DAP.

“Ini kerana kawasan di Parlimen Tanjung Piai, walaupun dikatakan orang Melayu menguasai majoriti 56 peratus tetapi pengundi Cina menyumbang kepada 41 peratus,” katanya kepada Johorkini apabila dihubungi, hari ini.

Kassim berpendapat PRK di kawasan itu juga boleh menjadi landasan bagi memperkukuhkan lagi barisan PH supaya menjadi lebih mantap.

Advertisement

“Oleh itu, calon yang perlu diletakkan PH perlulah yang berwibawa supaya dapat menarik lebih ramai pengundi menyokong PH.

“Saya kira dengan kewibawaan Menteri Besar Johor (Datuk Dr Sahruddin Jamal) bersama kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden PH) yang mempunyai reputasi pentadbiran baik boleh menjadi pengukur.

“Tidak lupa juga, kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad (Presiden PH) yang bukan sahaja membawa Malaysia ke arah maju tetapi hingga ke pentas global,” katanya.

Advertisement

Berikutan itu, ujarnya, reputasi-reputasi sedemikian perlu lebih ditonjolkan lebih banyak kepada masyarakat khususnya para pengundi di kawasan itu.

“Walaupun, ada aspek makro dalam isu-isu yang dibangkitkan, tetapi kepimpinan kerajaan negeri serta Pejabat Daerah Pontian boleh menangani isu-isu tempatan yang dihadapi penduduk di situ yang mana majoritinya dalam kalangan sektor pertanian, perladangan dan perikanan

“Contohnya, kalau di Tanjung Piai kita boleh lihat isu membabitkan nelayan yang mengalami masalah tertentu, namun ia sebenarnya boleh ditangani secara bijaksana oleh PH,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top