BM | EN | 中文

PRK PARLIMEN TANJUNG PIAI : CALON TEMPATAN BERI KELEBIHAN UNDI

Mazlan-Bujang-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 SEPT : Meskipun kerusi Parlimen Tanjung Piai dimiliki BERSATU, bagaimanapun segala-galanya boleh berubah dan bergantung kepada konsensus Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi BERSATU negeri, Mazlan Bujang.

Berikutan itu, pimpinan BERSATU Johor akan menyokong apa jua keputusan daripada pimpinan pusat demi memastikan keputusan terus kekal memihak kepada PH pada PRK kerusi itu yang dijangka berlangsung Oktober depan.

“Ya, sebelum ini, BERSATU yang bertanding pada kerusi itu. Tetapi tidak semestinya BERSATU terus bertanding lagi.

Advertisement

“Bagaimanapun, segala keputusan adalah mengikut kesefahaman. Jika pusat sudah tentukan. Apa jua keputusan, BERSATU Johor akan tetap beri sokongan,” katanya.

Penyandang kerusi itu yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik, 42 menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung di Hospital Pontian pada Sabtu lalu.

Naib Ketua Bersatu Tanjung Piai itu yang memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 524 undi selepas menewaskan penyandang kerusi itu, Wee Jeck Seng daripada MCA/ BN yang memperoleh 20,731 undi serta calon PAS, Nordin Othman yang meraih 2,962 undi pada PRU15 lepas.

Advertisement

Bagaimanapun, Adun Puteriwangsa itu berpendapat, kelebihan meletakkan calon tempatan dapat meningkatkan undi pada satu-satu kerusi yang dipertandingkan termasuk Parlimen Tanjung Piai.

“Kalau mana-mana PRU atau PRK, jika kita letakkan calon tempatan sememangnya akan membantu,” katanya.

Ditanya tentang ura-ura ibu Allahyarham Md Farid, Norma Mohamed dikatakan antara calon yang akan diletakkan, beliau menjawab, pelbagai persepsi dan proganda boleh timbul.

Advertisement

“Saya tidak boleh kata ya atau tidak. Segalanya ditentukan diperingkat pusat. Biasanya orang boleh kata dan beri pendapat macam-macam.

“Itu hanya propaganda dan persepsi yang ditimbulkan orang penduduk kawasan itu,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini, menurut beliau, pihaknya sedang dalam peringkat permulaan mengumpulkan data daripada Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan sebagainya.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top