BM | EN | 中文

Prihatinnya Agong!

IMG-20200224-WA0015.jpg

Pihak Istana membawakan berpuluh kotak KFC untuk petugas media menjamu selera.

Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 FEB : Sekumpulan petugas media di pintu 2 Istana Negara, di sini yang membuat liputan isu peralihan kuasa mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Menurut laporan portal akhbar tempatan, Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim keluar dari pintu 2 bersama beberapa pegawai dengan membawa dua bungkusan makanan untuk diberikan kepada petugas media.

Difahamkan, pihak Istana membawakan berpuluh kotak Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk menjamu para petugas media yang berada di pintu tersebut sejak 8 pagi tadi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top