BM | EN | 中文

Premis tak beroperasi di Iskandar Puteri diharap kibar Jalur Gemilang

mbip-jalur-gemilang.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 15 OGOS: Pemilik premis di Iskandar Puteri yang tidak dapat beroperasi ketika Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) diharapkan dapat turut sama mengibarkan bendera Jalur Gemilang di premis masing-masing.

Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Zon Iskandar, Pandak Ahmad berkata hal ini kerana MBIP telah mengarahkan kesemua premis untuk berbuat demikian bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.

“Meskipun kita dalam Fasa Satu PPN, namun kita tidak ada alasan untuk tidak mengibarkan Jalur Gemilang.

Advertisement

“Ini sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dan jangan jadikan PPN ini sebagai alasan untuk gaga! mengibarkan sebanyak mana Jalur Gemilang di premis masing-masing mahupun kediaman,” katanya kepada pemberita selepas Program Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka dan Kibar Jalu Gemilang Peringkat Zon Iskandar di Kampung Sungai Melayu, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya premis yang tidak beroperasi dalam Fasa Satu PPN juga diminta untuk menaikkan bendera di premis masing-masing.

Sementara hu, Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Negeri Johor Naim Fahmi Ahmad Tajuddin berkata sepanjang bulan kemerdekaan, Japen turut mengadakan program secara maya sempena sambutan bulan kemerdekaan di seluruh negara.

Advertisement

Katanya, orang ramai boleh melayari laman web www.360merdeka.my sekiranya berminat untuk menyertai program sepeni Sayembara Merdeka, Pertandingan Melukis dan Mewarna.

“Kesemua program diadakan secara maya untuk sama-sama kita raikan semangat sambutan bulan kemerdekaan ini bersama masyarakat.

“Kerana kita tidak boleh melaksanakan perhimpunan secara fizikal ketika ini jadi mereka yang berminat boleh sertai program menerusi laman web itu,” katanya.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top