BM | EN | 中文

Premis pengurup wang di Mersing dipecah masuk, dua lelaki ditahan

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg

MERSING, 17 JUN. Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun dan seorang lelaki warga Indonesia berumur 38 tahun di sekitar kawasan Seri Pantai di sini Khamis lepas, dalam masa kira-kira 24 jam selepas sebuah premis pengurup wang di Jalan Tepian Sungai di sini, dipecah masuk.

Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing sebagai berkata pengurup wang itu mengalami kerugian kira-kira RM141,000 melibatkan pelbagai mata wang asing selepas premis itu dipecah masuk, awal pagi Rabu.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek lelaki tempatan mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau dan terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah.

“Dengan penangkapan mereka, kita telah berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah seerta premis di sekitar bandar Mersing,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek yang direman tujuh hari bagi membantu siasatan itu positif dadah jenis methamphetamine, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top