BM | EN | 中文

Prasekolah, tabika boleh dibuka semula 1 Julai

ismail-sabri-yaakob-pkpp.png
Advertisement

PUTRAJAYA, 15 JUN: Semua prasekolah dan tabika akan dibenarkan kembali dibuka bermula 1 Julai ini, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu melibatkan 6,216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan 7,887 buah milik swasta, serta 1,781 tabika di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan 8,530 tabika kemas di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Katanya perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, selepas Kementerian Pendidikan membentangkan prosedur operasi standard berkenaannya.

Advertisement

“Kita telah pun menerima dan bersetuju dengan prosedur standard operasi (SOP) yang dibenarkan. Cadangan sekolah tadika dibuka adalah pada 1 Julai 2020.

“SOPnya lengkap. Iaitu sebelum masuk sekolah, sewaktu belajar dan sewaktu pulang,” kata Ismail katanya pada sidang media harian Covid-19, di Putrajaya hari ini.

Tambah beliau SOP mengenai cara kanak-kanak bermain ketika di tadika dan juga pada waktu makan akan dibentangkan.

Advertisement

“SOP yang terperinci akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top