BM | EN | 中文

PPV pandu lalu OKU Sentral bakal dibuka di Johor Bahru

PPV-OKU-Pandu-Lalu.png

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OGOS: Persatuan OKU Sentral bakal membuka pusat pemberian vaksin (PPV) secara pandu lalu khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan penjaga mereka, di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin dalam masa terdekat ini.

Presidennya Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, ini adalah sebahagian usaha bagi memudahkan dan memastikan golongan rentan yang berisiko tinggi iaitu OKU dan warga emas, mendapat vaksin secepat mungkin serta tidak tercicir dalam Program Imunisasi COVID-1 9 Kebangsaan (PICK).

“Kami menjemput OKU dan ahli keluarga untuk datang ke PPV ini untuk mendapatkan vaksin. Pihak kami juga akan memberi vaksin kepada tiga orang penjaga serta ahli keluarga OKU.

Advertisement

“Mohon mengisi makiumat OKU dan tiga orang penjaga atau ahli keluarga dengan lengkap,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata, PPV ini hanya dikhaskan buat individu berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di negeri Johor sahaja.

Bagi yang berminat, pastikan segala maklumat diisi dengan tepat dan betul terutamanya maklumat berkenaan nombor kad pengenalan, nombor telefon dan ID MySejahtera, bagi memudahkan proses pemberian janji temu.

Advertisement

Mereka yang berminat boleh melayari pautan pendaftaran ini: https://forms.gle/gVXkojeAeo8Pru1v6.

Pendaftaran dibuka sehingga 25 Ogos ini jam 11.30 malam.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top