BM | EN | 中文

PPV dijadikan tempat kempen politik

BN-PPV-Johor-Simpang-Renggam.png
Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 7 JUN: Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, merakamkan kekecewaan apabila salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Simpang Renggam dijadikan tempat berkempen politik.

Semalam, tular di laman media sosial menerusi gambar yang memaparkan sebuah PPV diambil kesempatan oleh parti Umno untuk mengagihkan barangan makanan dengan meletakkan lambang parti mereka.

Perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.

Advertisement

Pengerusi Parti AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, tindakan itu mendukacitakan apabila PPV di Simpang Renggam itu dijadikan tempat berkempen bagi parti Umno dan BN.

“Parti AMANAH menentang tindakan tersebut kerana ianya tak sepatutnya terjadi.

“PPV adalah tempat yang terhindar dari sebarang unsur politik bukan tempat sebaran kempen mana-mana parti politik,” kata Aminolhuda dalam kenyataan.

Advertisement

Beliau yang juga Adun Parit Yaani berkata, perbuatan tersebut perlu dihentikan.

“Kami berharap ada tindakan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau jabatan yang mengendalikan PPV berkenaan.

“Rakyat seperti terperangkap dengan keadaan di mana mereka tidak boleh mengelak sebarang unsur politik yang dijalankan di situ kerana kehadiran mereka adalah bertujuan untuk mendapatkan vaksin.

Advertisement

“Perkara ini harus dihentikan. PPV perlu bebas dari sebarang unsur politik.

“Sekali lagi pihak kami mengambil pendirian tegas menentang perkara ini dari terus terjadi sewaktu pemberian vaksin ini dibuat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top