BM | EN | 中文

PPR KEMPAS PERMAI DAPAT RUMAH SAMPAH BAHARU

IMG-20191122-WA0002.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 22 NOV : Seramai 300 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai akan mendapat manfaat menerusi pembinaan rumah sampah bagi pembaikan stesen pelupusan sampah di situ.

Menurut Penolong Pengarah Eksekutif Forest City, Syarul Izam Sarifudin, projek baikpulih rumah sampah usang ini menelan kos RM10,000 dan mengambil masa selama seminggu.

Advertisement

“Papan siling rumah sampah itu telah dibaiki dan tingkap alumunium telah dipasang.

“Rumah sampah baru ini dilengkapi jubin seramik serta pintu penutup,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Rumah Sampah PPR Kempas Permai, di sini, baru-baru ini.

Advertisement

Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad.

Ia turut dihadiri Setiausaha Negeri Johor (Bahagian Perumahan), Mohd Radzi Mohd Amin serta Timbalan Setiausaha Bahagian Kebajikan Bandar dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Eruan Abi.

Tambah Syarul lagi, langkah ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Forest City.

Advertisement

“Forest City komited untuk meningkatkan kehidupan penduduk PPR yan juga selari dengan “Dasar Komuniti Negara”.

“Aktiviti ini juga dianggap sebagai latihan bagi kakitangan Forest City yang mengambil bahagian bagi projek ini” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top