BM | EN | 中文

PPN sia-sia jika moratorium tanpa faedah tak diberikan

Lim-Guan-Eng-2.jpg

Gambar Ehsan The Edge Market

Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 JUL: Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan kerajaan akan menjadi sia-sia dan tidak bermakna tanpa bantuan kewangan dan moratorium tanpa faedah.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guang Eng berkata, sudah tiba bagi kerajaan PN bertindak berani dan mengarahkan Bank Negara untuk mengarahkan industri perbankan mengecualikan faedah semasa moratorium pinjaman bank kecuali kumpulan 20 yang teratas.

“Jika tidak, mana-mana PPN tidak akan bermakna dan sia-sia, yang bertujuan hanya untuk melindungi keuntungan bank dengan mengorbankan 8 juta individu dan syarikat Malaysia yang mengharapkan bantuan daripada moratorium pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Menteri Kewangan itu dilaporkan Roketkini berkata, pelantikan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri penyelaras PPN hanya akan berkesan untuk mengeluarkan ekonomi dari kemelesetan ekonomi dan mengurangkan masalah kewangan pekerja dan perniagaan yang mengalami pengurangan pendapatan, jika moratorium pinjaman bank adalah tanpa faedah.

Menurutnya lagi, tidak ada gunanya kerajaan memberikan moratorium pinjaman bank selama enam bulan jika peminjam masih perlu membayar faedah terakru yang lebih tinggi kepada bank.

Tambahnya, kos pinjaman keseluruhan yang lebih tinggi bagi mereka yang memilih moratorium pinjaman bank telah dinyatakan dengan jelas oleh Bank Negara.

Advertisement

Ujarnya, Bank Negara memberi amaran kepada peminjam bahawa walaupun bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau faedah penalti semasa pembayaran ditangguhkan, faedah masih akan terakru terhadap penangguhan pembayaran.

“Dengan kata lain, faedah akan dikenakan ke atas pinjaman pokok selama enam bulan moratorium pinjaman.

“Bagaimana ini dapat membantu peminjam yang menghadapi pengurangan pendapatan jika bank yang tidak perlu menanggung sedikit potongan keuntungan atau menyumbang tanggungjawab sosial korporat dalam berkongsi masalah kewangan yang dihadapi oleh peminjam?” soalnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top