BM | EN | 中文

PPMJ 2019-2030 LEBIH MENYELURUH

logo.png

JOHOR BAHRU, 15 OGOS: Kerajaan Negeri Johor melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri telah menjalankan kaji selidik maklum balas bagi Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor (PPMJ) 2019 -2030.

Kaji selidik ini dijalankan bagi menyediakan dokumen rujukan bagi Kerajaan Negeri Johor dalam merangka hala tuju dan strategi pembangunan negeri dalam mencapai visi ke arah ‘Negeri Berprestasi Tinggi dan Bangsa Johor Bistari.’

Dokumen rujukan ini penting agar pelan pembangunan ini tidak bersifat sehala dan ‘top-down’.

Pelan Pembangunan Mampan ini juga bertujuan meneruskan kelangsungan pembangunan strategik dan menyeluruh untuk Johor melalui lapan teras; pemerkasaan ekonomi; tadbir urus cekap; berintergriti dan demokratik; kelestarian alam sekitar; pengangkutan dan infastruktur mega; memperkasa pelaburan dan ekonomi digital; memperkasa sistem pendidikan Islam, modal insan dan warisan budaya; persona srikandi dan aspirasi idealis anak muda.

Pelan pembangunan yang bertemakan ‘Negeri Johor Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari’ adalah pelan jangka sederhana panjang yang akan memandu seluruh barisan kepimpinan kerajaan negeri dan jentera pentadbiran untuk merealisasikan strategi pembangunan seluruh Johor.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top