BM | EN | 中文

PPM Wilayah Dua rampas 456 botol minuman keras tanpa duti di Tanjung Pelepas

pasukan-polis-marin-wilayah-dua-Johor.jpg

Gambar Ehsan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OGOS: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 456 botol minuman keras tanpa duti kastam selepas memeriksa sebuah kereta di tepi Jalan Forest City Lebuhraya Tanjung Pelepas, di sini, semalam.

Komandernya ACP Muhd Zailani Abdullah berkata rampasan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Markas PPM Wilayah Dua yang sedang menjalankan rondaan pesisir pantai berhampiran kawasan berkenaan, selepas menerima maklumat awam, pada kira-kira pukul 1 tengah hari.

Beliau berkata ketika sepasukan pegawai dan anggota tiba di tepi jalan tersebut, didapati terdapat sebuah kereta yang ditinggalkan.

Advertisement

“Bagaimanapun, setelah membuat pemantauan dan menunggu lebih kurang dua jam dan melihat tiada pergerakan manusia ke kereta tersebut, pasukan serbuan telah mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan sejumlah 20 kotak besar yang di dalamnya mengandungi 456 botol minuman keras pelbagai jenis yang dianggar bernilai RM33,813.70 termasuk cukai,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Muhd Zailani berkata kesemua minuman keras dan kereta terbabit dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Advertisement

Sehubungan itu beliau turut menyeru masyarakat untuk bersama-sama membanteras kegiatan penyeludupan dan jenayah maritim dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa terutama PPM Wilayah Dua melalui talian 07-2372221/ 237222.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top