BM | EN | 中文

PPM Wilayah Dua, Mersing rampas minyak diesel langgar syarat akta kawalan bekalan

diesel.jpg

Minyak diesel yang dirampas PPM Wilayah Dua, Mersing

Advertisement

MERSING, 3 JAN : Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Mersing merampas sejumlah 260 liter minyak diesel dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 di Stesen Minyak Petron Jalan Jemaluang, Mersing, malam tadi.

Komander PPM Wilayah Dua, Johor, Asisten Komisioner Abdul Rahman Mohamad berkata, bertindak atas maklumat orang awam, seorang pegawai dan enam anggota dari Markas Tektikal PPM Wilayah Dua, Mersing telah membuat pemeriksaan terhadap seorang lelaki cina warga tempatan berumur 63 tahun.

Katanya, lelaki berkenaan dipercayai telah melakukan kesalahan langgar syarat lesen dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 di stesen minyak berkenaan.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan serbuan, mendapati telah berlaku kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKEP).

“Dalam operasi tersebut PPM Wilayah Dua Mersing telah berjaya merampas sejumlah 260 liter minyak diesel dan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux melibatkan anggaran nilai sebanyak RM 45,600,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, PPM Wilayah Dua menyeru orang awam agar memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan barang larangan seperti rokok, barang kawalan, minuman keras, mercun dan dadah melalui talian 07-2372221 / 2372222.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top