BM | EN | 中文

PPM Wilayah Dua Mersing patahkan kegiatan penyeludupan minuman keras dan mercun

polis-marin.jpg

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Mersing, berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan minuman keras dan mercun bernilai RM125,638.

MERSING, 5 JAN : Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Mersing berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan minuman keras dan mercun bernilai RM125,638 dalam operasi dilakukan pagi kelmarin.

Komander PPM Wilayah Dua, Johor, Asisten Komisioner Abdul Rahman Mohamad berkata, dalam operasi yang diketuai oleh seorang pegawai kanan dan enam anggota telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 76 tahun.

Katanya, suspek ditahan ketika sedang memandu sebuah kenderaan di jalan Mersing-Endau.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah menemukan sejumlah minuman keras dan mercun di dalam kenderaan yang dipandu oleh suspek.

“Semua rampasan arak, mercun dan kenderaan dengan anggaran nilai RM125,638 dan telah dibawa balik ke PPM Wilayah Dua, Mersing untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala, tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada pengawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenyah Daerah Mersing untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, dengan kerjasama orang ramai yang menyalurkan maklumat kegiatan tersebut dapat membantu pihak polis untuk membenteras kegiatan yang menyebabkan negara kehilangan sumber cukai yang banyak dan merugikan negara.

Jelasnya, orang ramai boleh terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat ke talian 07-2372222.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top