BM | EN | 中文

PPM Wilayah Dua gagalkan cubaan seludup 727 tayar dari Singapura

PPM-Wilayah-Dua-gagalkan-cubaan-seludup-727-tayar-dari-Singapura.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 NOV: Pasukan Polls Marin (PPM) Wilayah Dua menggagalkan cubaan menyeludup masuk 727 tayar pelbagai jenis bernilai lebih RM690,000 dari Singapura, di Plaza Tol Kempas di sini, 28 Okt lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kejayaan itu hasil daripada pemantauan dan intipan pasukan PPM, dengan mengekori sebuah treler mencurigakan yang keluar dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan lskandar (BSI) kira-kira pukul 5.35 petang.

“Polls telah menahan lori treler berkenaan dan menahan seorang lelaki lelaki tempatan yang merupakan pemandu berusia 56 tahun di Plaza Tol Kempas.

Advertisement

“Susulan itu, satu lagi tangkapan berjaya dilakukan ke atas situ lelaku tempatan berumur 28 tahun di sebuah premis di Taman Sn Skudai pada keesokkan harinya kira-kira pukul 6.05 petang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPM Wilayah Dua.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki kedua ditahan dipercayai berperanan menguruskan segala urusan membawa tayar tidak bercukai masuk ke negara ini dari Singapura selain merupakan majikan kepada lelaki dalam tangkapan pertama.

Ayob Khan berkata selain tayar turut dirampas sebuah lori treler jenis Mitsubishi bemilai RM150,000 dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM847,759.

Advertisement

Jelasnya, kedua-dua individu yang ditahan tidak mernpunyai rekod jenayah Iampau dan sindiket terbabit dipercayai sudah beroperasi sejak lebih enam atau tujuh bulan lalu.

Ketika ditanya mengenal pembabitan ‘orang dalam’ dalam kegiatan itu, Ayob Khan berkata siasatan masih dijalankan.

“Pintu masuk bukan di bawah kita punya tanggungjawab, namun kita akan berkolaborasi dengam Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mengesan dalang aktiviti penyeludupan berkenaan, kerana modus operandi mereka adalah menggunakan laluan yang dikawal jabatan berkenaan.

Advertisement

‘Jika kita melihat di pintu masuk ada disediakan laluan khas untuk Iori yang isytihar tidak membawa barang, treler terbabit melepasi laluan itu,” katanya sambil menambah tayar seludup baharu dipercayai akan dijual pada harga lebih murah atau mengikut harga pasaran

Katanya, lelaki pertama direman tujuh hari, manakala Ielaki kedua diireman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top