PENGERANG, 10 FEB : Sebanyak 26 buah raga berisi pelbagai jenis burung yang dilindungi antaranya burung Murai Batu dan Murai Kampung serta burung Indian Vingnecked Parakeet dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Tampoi, semalam.
PPM dalam satu kenyataannya berkata, sepasukan Unit Risikan Marin semasa tugas Op Landai telah membuat serbuan ke atas sebuah bot di kawasan Persisir Pantai Teluk Ramunia, Pengerang.
Hasil pemeriksaan menyeluruh di lokasi tersebut telah berjaya menahan seorang warganegara Indonesia disyaki Pendatang asing tanpa izin.
Selain itu, dalam serbuan berasingan seorang lelaki tempatan anggaran umur 31 tahun turut ditahan dirumahnya.
Hasil pemeriksaaan dijalankan berjaya menemui 26 raga masing-masing berisi pelbagai jenis burung yang dilindungi antaranya burung Murai Batu dan Murai Kampung serta burung Indian Vingnecked Parakeet yang dianggarkan bernilai kira-kira RM 72,000 dan RM 168,000.
Jumlah keseluruhan nilai rampasan yang dihasilkan oleh pasukan serbuan ini adalah sebanyak lebih kurang RM 240,000.
Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Tektikal PPM Wilayah 2 Pengerang untuk proses dokumentasi.
Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
JohorKini