BM | EN | 中文

PPM WILAYAH 2 RAMPAS 1,230 KARTON ROKOK

IMG-20191107-WA0014.jpg
Advertisement

 

KOTA TINGGI, 7 NOV : Tindakan peniaga di Felda Air Tawar 5, di sini menyorokkan rokok yang dipercayai tidak dibayar cukai terbongkar apabila diserbu pihak Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Pengerang, malam kelmarin.

Pemangku Komander PPM Wilayah 2 Superintendan Noor Azman Jamal berkata, dalam serbuan yang dijalankan oleh seorang pegawai dan lima anggota dari Markas Tektikal PPM Pengerang itu berjaya merampas sebanyak 1,230 karton rokok.

Advertisement

Menurutnya, rokok berkenaan disorokkan dalam stor simpanan barang dan kaunter premis berkenaan.

“Nilai anggaran keseluruhan rampasan tersebut adalah RM8,639.20. Seorang lelaki tempatan penjaga premis yang berusia 43 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

“Manakala, barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, PPM Wilayah 2 turut menyeru orang awam memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan barang larangan seperti rokok, minuman keras, mercun dan dadah melalui no telefon 07-2372221/2372222.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top