BM | EN | 中文

PPM Mersing tahan tiga lelaki asing merawai ikan pari

jenayah-1.jpg

PPM Wilayah Dua Mersing tahan tiga lelaki disyaki menjalankan kegiatan merawai ikan pari di perairan Pulau Besar dan Pulau Sribuat.

Advertisement

MERSING, 12 JAN: Tiga lelaki ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan merawai ikan pari di perairan Pulau Besar dan Pulau Sribuat yang menyalahi Akta Perikanan 1985.

Tangkapan dilakukan ketika bot ronda PAR 6 dari Markas Taktikal Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Mersing bersama empat anggota menjalankan tugas rondaan Ops Paradise di perairan Kuala Sungai Tenglu sekitar jam 9.30 pagi, semalam.

Susulan itu anggota telah menahan sebuah bot fiber berwarna kelabu yang mempunyai dua enjin sangkut berkuasa 40 hp setiap satu enjin.

Advertisement

Hasil pemeriksaan mendapati tiga warganegara Myanmar yang mana semuanya adalah pemegang kad UNHCR mengaku telah menjalankan kegiatan merawai ikan pari.

Siasatan lanjut turut menjumpai peralatan menangkap ikan dan mata rawai. Susulan itu tangkapan dan rampasan dibawa balik ke jeti Markas Taktikal PPM Mersing untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Abdul Rahman Mohamad berkata, orang awam terutamanya warga nelayan diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Advertisement

“Ia bagi memastikan tiada kegiatan yang menyalahi undang-undang dilakukan dalam masa sama untuk memastikan hasil pendapatan nelayan tempatan tidak terjejas dengan adanya kegiatan seperti ini.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan di talian 07-2372222,” katanya dalam satu kenyataan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top