BM | EN | 中文

PPM gagalkan cubaan seludup keluar 886 burung murai dekat Batu Pahat

PPM-gagalkan-cubaan-seludup-keluar-886-burung-murai-dekat-Batu-Pahat.png
Advertisement

BATU PAHAT, 1 OGS: Pasukan Polls Marin (PPM) Wilayah Dua menggagalkan cubaan menyeludup 886 ekor burung mural batu dan burung murai kampung bernilai kira-kira RM110,300 ke negara jiran di Senggarang Jumaat lalu.

Komander PPM Wilayah Dua ACP Muhd Zailani Abdullah berkata dalam Op Benteng COVID-19 pada 3.40 petang itu, pasukan PPM dibantu anggota Balai Polls Senggarang mengesan sebuah van dalam keadaan mencurigakan di tepi laut Parit Botak, di sini.

‘Menyedari kehadiran pasukan serbuan pemandu van telah memecut kenderaan hingga ke kawasan ladang sawit terbabit di Kampung Baru dan sewaktu pasukan serbuan menghampiri kenderaan tersebut pemandu telah bertindak melarikan diri.

Advertisement

Pemandu itu kemudian berjaya ditemui dan hasil soal siasat yang dilakukan, individu berkenaan telah mengaku sebagai pengurus penghantaran burung ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata susulan penahanan itu, seorang lagi lelaki telah menyerah diri dan mengaku terlibat secara Iangsung dalam kegiatan terbabit sebagai penghantar yang menggunakan van yang dirampas oleh pasukan serbuan.

Katanya dua lelaki yang ditahan berusia 23 dan 29 tahun dan kesemua barang rampasan iaitu 206 ekor burung murai batu, 680 ekor burung mural kampung, sebuah van dan sebuah motosikal dibawa ke Balai Polis Senggarang untuk tindakan lanjut.

Advertisement

‘Kes disiasat di bawah Seksyen 60(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, kesalahan membabitkan spesies Common Shama (Copsychus malabaricus) melebihi 20 kepala, apabila disabitkan dihukum denda tidak kurang RM20,000 clan tidak Iebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Muhd Zailani berkata perkongsian makiumat risikan dan operasi bersepadu bersama pihak Tugas Am dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Johor akan terus dipertingkatkan di laluan dan jalan yang dikenal pasti akan digunakan penyeludup.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top