BM | EN | 中文

PPAJ CADANG TUBUH PUSAT DOKUMENTASI NEGERI

Delegasi-PPAJ.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 SEPT: Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) akan mengusulkan kepada kerajaan negeri bagi menubuhkan pusat dokumentasi negeri Johor bagi mengumpul dokumen-dokumen penting kerajaan bagi rujukan generasi akan datang.

Pengarahnya Ungku Noorakmal Ungku Sulaiman berkata pusat tersebut akan berperanan sebagai tempat penyimpanan dan pemeliharaan rekod-rekod yang mempunyai nilai sejarah negeri Johor.

“Pusat ini juga akan berfungsi sebagai tempat penyimpanan dokumen-dokumen kertas kerja kerajaan Negeri, mengambil kira nilai sejarah atau kepentingan awamnya.

Advertisement

“Ia akan menyediakan pemeliharaan dan penggunaan sumber-sumber negeri Johor atau bahan yang diterbitkan selain akan bertanggungjawab untuk menjaga, selenggara dan pulihara dokumen-dokumen tersebut,” katanya ketika dihubungi Johorkini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri persidangan Kongres Perpustakaan Sedunia (WLIC) yang dianjurkan oleh Persidangan Persekutuan Perpustakaan dan Institusi Antarabangsa (IFLA) baru-baru ini.

Ungku Noorakmal turut disertai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah PPAJ, Aminolhuda Hassan, Bendahari Lembaga Pengarah PPAJ, Datuk A Rahim Nin, Ahli Lembaga Pengarah PPAJ, Muhammad Taqiuddin Cheman dalam persidangan yang dianjurkan di Athens, Greece tersebut.

Advertisement

Sementara itu, selaras dengan perkembangan perpustakaan sebagai pusat informasi yang boleh diakses semua, Ungku Noorakmal berkata PPAJ selepas ini akan menumpukan perkhidmatan yang lebih menjurus kepada penglibatan dan manfaat komuniti setempat.

Tambahnya lagi, PPAJ juga akan mengusulkan kepada kerajaan negeri untuk menganjurkan persidangan seumpama WLIC di peringkat nasional dengan Johor menjadi tuan rumahnya yang pertama, bertujuan untuk perkongsian keperluan perkembangan perpustakaan di Malaysia.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top