BM | EN | 中文

Potongan 50 peratus cukai tanah rizab Melayu bagi keluasan bawah 5 hektar

IMG-20200311-WA0011.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 11 MAC: Kerajaan negeri mengumumkan untuk memperluas potongan cukai 50 peratus bagi tanah rizab Melayu kepada keluasan bawah lima hektar berbanding empat hektar sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad memberitahu, langkah tersebut diambil bagi mengurangkan beban pemilik tanah terlibat dalam menjelaskan cukai tanah mereka.

Menurut beliau, kerajaan negeri juga bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah bagi meringankan beban pemilik tanah.

Advertisement

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan bebanan yang dihadapi rakyat.

“Langkah ini (potongan cukai 50 peratus tanah rizab Melayu) kepada keluasan tanah lima hektar berbanding empat hektar akan memberi manfaat kepada pemilik tanah khususnya peneroka Felda serta penduduk kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri, di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Advertisement

Sementara itu, Hasni yang juga ADUN Benut turut memberitahu kerajaan negeri tidak akan membuat lantikan baharu membabitkan jawatan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Ketua Kampung.

“Kerajaan pusat telah memaklumkan bahawa tiada sebarang lantikan baharu akan dibuat pada ketika ini.

“Langkah ini dibuat bagi memastikan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan ketua kampung dan ahli majlis tidak terjejas,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top