BM | EN | 中文

Poster Sultan Johor titah rakyat Melaka tolak BN adalah palsu

Poster-Sultan-Johor-titah-rakyat-Melaka-tolak-BN-palsu.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 NOV: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Baginda bertitah, kenyataan yang ditularkan menerusi sebuah poster dalam pelbagai aplikasi media sosial adalah kenyataan palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

“DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menegaskan bahawa Baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana yang disebarkan dalam gambar ini.

Advertisement

“Ini adalah satu kenyataan palsu yang terus disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.

“Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini.

“DYMM Sultan Johor bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan Baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office,” menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Advertisement

Sebelum ini tular poster memaparkan gambar Sultan Johor dengan kenyataan ‘Rakyat Melaka perlu tolak BN (Barisan Nasional) di PRN Melaka’.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top