BM | EN | 中文

Poster Sultan Johor minta beri peluang kepada Najib palsu, diputarbelit

sultan-ibrahim-najib-razak.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JUN: Penularan satu poster di media sosial memetik titah Sultan Johor, Sutan Ibrahim Sultan Iskandar supaya memberi peluang kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah palsu dan diputar belit mengikut konteks yang tidak tepat.

Royal Press Office (RPO) Johor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kenyataan itu diambil dalam satu temubual eksklusif baginda dalam akhbar The Star yang disiarkan pada 27 Disember 2015.

Menurut RPO, titah pendapat Sultan Johor pada waktu itu adalah berkaitan situasi pentadbiran negara pada waktu berkenaan dan tidak digunapakai dalam keadaan negara pada waktu kini.

Advertisement

Manakala penularan poster itu pada ketika ini berniat jahat dan jelas ingin mengheret Institusi DiRaja Johor ke dalam isu-isu politik semasa negara.

“Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang Sultan bermaksud saya tidak berpihak kepada mana-mana parti mahupun ahli politik.

“Sebagai Raja Berperlembagaan saya tidak mencampuri mana-mana parti atau perikatan politik yang telah dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum,” menurut kenyataan yang turut disiar di laman facebook Sultan Ibrahim.

Advertisement

Tambah kenyataan itu, ketika Johor melantik tiga Menteri Besar dalam tempoh dua tahun (2018-2020), baginda telah menerima keputusan kerajaan berkenaan dan memberikan kerjasama kepada mereka semua.

“Kepentingan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan saya dan Institusi DiRaja Johor, tidak kira siapa pun yang memegang tampuk pentadbiran kerajaan,” titah baginda lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top